Terbaik Dari Langit Full Movie

Terbaik Dari Langit [ Malay Movie 2014 ] updated.
 

Plot:
Berg (Bront Palarae), seorang pembikin filem avant-garde bersama empat rakannya ,Ijam (Iedil Putra), Toyu (Amerul Affendi) dan Ali (Megat Sharizal) bersama pelakon baru Sofia Jane (Nadiya Nisaa),memulakan pengembaraan ke sebuah lokasi di mana di situlah dia telah menyaksikan apa yang dia percaya sebagai sebuah UFO sekitar 15 tahun lalu. Berg yakin dia akan dapat mencari UFO yang telah dilihatnya ketika dia dan rakan-rakannya keluar dari kawasan sekolah asrama di waktu malam.Dia merahsiakan penyakit kanser otak tahap keempat yang dihidapinya daripada rakan-rakannya. Ini mungkin peluang terakhirnya untuk membikin filem. Berg terpaksa mengambil ubat penahan sakit sepanjang perjalanan. Rakannya Ijam, seorang selebriti, mengikuti pengembaraan ini sebelum pernikahannya dengan Zelda (Siti Saleha), yang merupakan anak kepada seorang usahawan berjaya.Toyu, rakan Berg yang berkulit gelap pula seorang yang lemah lembut dan sensitif. Toyu telah meninggalkan impiannya untuk menjadi seorang pelukis kerana kerjayanya sebagai seorang guru.Ali, yang tidak menamatkan persekolahannya kini seorang usahawan kecil-kecilan. Perniagaannya kurang memberangsangkan, dan kini menghadapi kewangan. Hanya Ali sahaja yang tahu tentang penyakit kanser Berg. Sofia Jane, seorang pelajar bidang perubatan turut sama dalam perjalanan ini selaku pelakon filem pendek itu.Pada mulanya, semuanya kelam kabut dan mereka mula mempertikaikan kebolehan Berg mengarah. Keadaan semakin tegang apabila Ijam jelas masih tidak memaafkan Ali kerana telah mengakibatkan dia digantung sekolah dulu.Keadaan menjadi lebih tegang apabila UFO yang dinanti-nantikan tidak muncul di tempat yang telah Berg jangkakan. Berg mahu terus mencuba, dan meneruskan perjalanan ke sekolah menengah asal mereka.
 

Genre: Drama | Sci-Fi
Previous
Next Post »
Thanks for your comment