Drama Bidadari [Slot Lestary TV3]




Drama : Drama Bidadari [Slot Lestary TV3]

Slot : Slot Lestary TV3

Bermula : 30 April 2015

Jenis Drama : Bukan Adaptasi

Penulis Novel : -

Ost : 
Tajuk Lagu: Melepaskanmu
Artis: Sakura Band

Video : https://youtu.be/CsFPjgErUB4

Fanpage : https://www.facebook.com/pages/Drama-Bidadari-Lestary-TV3/1553040594982039?fref=ts

Promo : https://www.youtube.com/watch?v=yxYwJ1lBJU8

Episod : 18

Waktu Siaran : Rabu & Khamis 9 Malam

Penerbit : Orange Tree Production

Arahan : Eoon Suhaini

Penulis Skrip : - 

Pelakon: Shah Jaszle, Amyra Rosli, Nonny Nadirah, Syazwan Zulkifly, Sharif Sleeq, Fizo Omar, Zamarul Hisyam, Iieka Simon, Shakilla Khoriri, Amyza Aznan, Zarina Zainuddin, Azhan Rani, Sherie Merlis, Balkisyh Semundur, Mimiey Naomie, Fariddarif

Sinopsis Drama Bidadari [Slot Lestary TV3] Full Episod :

Bidadari mengisahkan Suria (Amyra Rosli) anak kepada seorang penyanyi kelab, Delima (Sherie Merlis) yang terpaksa menempuh keperitan hidup tatkala berbapa tirikan Anjang (Azhan Rani). Anjang yang suka berjudi dan berfoya sentiasa mengambil kesempatan untuk mempergunakan dua beranak itu. Diherdik dan sering didera membuatkan Suria sukar menerima kehadiran lelaki di dalam hidupnya. Malah kepolosan dirinya sering mengundang niat jahat daripada insan bergelar lelaki.

Ibunya, Delima pula bagaikan menyimpan rahsia terpendam. Walaupun Suria sentiasa menyayangi dan melayan ibunya sehabis baik, Delima pula sentiasa beranggapan anak gadisnya itu tidak lebih daripada sekadar menambah beban di dalam hidupnya. Namun pada suatu hari, anak-beranak itu nekad meninggalkan rumah yang umpama neraka bagi mereka dan dipertemukan dengan takdir baharu.

Tengku Iskandar (Zamarul Hisham), pemilik Restoran Melati yang tertarik dengan nyanyian Delima sebelum ini memberikan mereka tempat berteduh untuk memulakan hidup yang lebih baik. Pertemuan singkat itu juga berjaya membuka hati Tengku Iskandar memperisterikan Delima. Jauh di hati Delima, dia hanya menginginkan kemewahan dan sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai impiannya.
Suria kini memiliki seorang adik tiri bernama Tia, (Nonny Nadirah) yang ikhlas menerima kasih sayang Delima dan Suria. Namun ketamakan Delima bakal memusnahkan segalanya apatah lagi mengetahui rahsia bahawa Tengku Iskandar menyimpan � Melati � isteri pertamanya yang koma dan dirawat di sebuah bilik rahsia. Sebuah harapan keluarga bahagia bakal berubah menjadi satu lagi dugaan besar buat Suria dan Tia.

Dalam masa yang sama, Suria didekati dua insan istimewa dalam hidupnya, Adi (Shahz Jaszle) yang ikhlas mencintainya dan Lukman (Syazwan Zulkifli), abang tirinya yang sanggup berubah bagi memenangi hati Suria.

Mampukah Suria berhadapan dengan segala rintangan dan kekal sebagai insan berhati bidadari? Apakah rahsia di sebalik kebencian Delima terhadap Suria?

Episod :
Kemaskini kelak

Tag : Drama Bidadari [Slot Lestary TV3]
Previous
Next Post »
Thanks for your comment