Hantu Botox (TV3)

Hantu Botox

TV3 akan menayangkan semula telefilem Hantu Botox di slot Cereka Ahad. Dibarisi pelakon seperti Abam Bocey, Shah Jazle, Nur Risteena dan Chef Fikri. Cerita komedi seram ini dibawah arahan Pyan Screw terbitan Zeel Production. Bersiaran pada 2 Ogos, pukul 9.00 malam di saluran TV3. Juga boleh disaksikan di tonton.com.my

JUDUL : HANTU BOTOX
TARIKH / MASA : 2 Ogos 2015 (9.00 malam)
SIARAN : Slot Cereka Ahad TV3
PENGARAH : Pyan Screw
TERBITAN : Zeel Production
PELAKON : Abam Bocey, Shah Jazle, Chef Fikri, Nur Risteena, Ammar BMB, Mak Jah, Rehiman Suud, 

SINOPSIS HANTU BOTOX
BAM 30an merupakan salah seorang Doktor Pakar kecantikan. Dia amat mencemburui kejayaan DOKTOR Z yang telah berjaya mencantikkan rupa paras pesakitnya dengan beberapa suntikkan sahaja. Satu hari DOKTOR Z telah meninggal dunia secara mengejut. BAM mengambil kesempatan itu dengan menyelongkar bilik DOKTOR Z. Dia gembira apabila berjaya menemui cecair rahsia DOKTOR Z yang tersimpan di dalam laci. Setelah berjaya menemui Cecair rahsia itu BAM telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja secara mengejut dan membuka klinik kecantikkannya sendiri. Namun setelah beberapa bulan beroperasi, Bam gagal mendapatkan sebarang pelanggan. Justeru itu dia, membuat iklan di laman YouTube. �TIADA SEBARANG CAS RM 0:00 YANG AKAN DI KENAKAN KEPADA PELANGAN PERTAMA UNTUK PEMBEDAHAN DAN SUNTIKKAN BOTOX" FAIZAL MUKTAHIR 30an merupakan seorang artis yang sengkik dan kian di pinggirkan, dia ingin membuat perubahan yang drastik terhadap rupa parasnya agar dapat menjadi artis popular.

GAMBAR PELAKON
HantuBotox


Previous
Next Post »
Thanks for your comment