Isyarat Cinta (2015)



Filem ini adalah tentang kisah cinta antara Iskandar (Adi Putra), seorang yang bisu yang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, dan Dhia (Liyana Jasmay), seorang gadis yang buta. Iskandar sebenarnya adalah seorang jutawan yang rendah hati yang mana telah menyelamatkan Dhia daripada kemalangan jalan raya. Walaupun mereka kurang upaya atau cacat, mereka saling menyimpan perasaan antara satu sama lain. Rakan Iskandar iaitu Ariel (Fizo Omar) pula membantu menyampaikan apa sahaja yang Iskandar ingin berkata kepada Dhia. Walau bagaimanapun, Ariel mula mempunyai perasaan kepada Dhia dan tidak lagi mahu menjadi utusan untuk rakannya. Apakah kesudahan kisah perebutan kasih ini? Adakah Dhia menerima Ariel? Apakah akan terjadi kepada Dhia akhirnya? Saksikan kesudahannya di pawagam yang berdekatan.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment