Tonton Online Telemovie Pergilah Air Mata Ramadan TV9

Sinopsis telefilem Pergilah Air Mata Ramadan


Tonton Online Download Full Telemovie Pergilah Air Mata Ramadan Skrin TV9
Ikutilah kisah hidup Sufiya dan anak-anaknya yang perit akibat selalu berada dalam ketakutan didera oleh ayah kandung mereka sendiri dalam telefilem Pergilah Air Mata Ramadan, pada 20 Jun 2016 (Isnin), jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9.

Tonton Online Download Full Telemovie Pergilah Air Mata Ramadan Skrin TV9 


Pergilah Air Mata Ramadan terbitan Orangetree Production Sdn. Bhd. diarahkan oleh saudara Azmi Hatta membariskan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Dira Abu Bakar, Didie Alias, Puteri Aisyah, Fauzi Nawawi, Sharifah Aryana dan Iqram Dinzly. 


Telefilem ini mengisahkan Adani, seorang kakak yang gigih menjaga empat orang adiknya – Amir, Adam, Ahmad dan Azra. Dia juga sentiasa memastikan bahawa mereka sentiasa terlindung dari menjadi mangsa deraan bapa mereka. Pada Ramadan kali ini, Adani tekad membawa lari adik-adiknya untuk menjejaki ibu mereka, Sufiya, yang telah meninggalkan mereka.


Sufiyah telah berjanji kepada Adani untuk memberikan kehidupan yang sempurna kepada anak-anaknya. Dia juga telah berjanji untuk pulang kembali ke kampung demi mendapatkan anak-anaknya semula, selepas berjaya mempunyai sebuah pekerjaan yang stabil dan tempat tinggal sendiri. 


Tonton Online Download Full Telemovie Pergilah Air Mata Ramadan Skrin TV9 Akan tetapi, setelah tiba di ibu kota, Sufiya gagal menghubungi anak-anaknya apabila dia dihalang oleh bekas suaminya, Ghani, dan nombor telefon juga tidak dapat dihubungi lagi. Sufiya juga sudah berkahwin dengan Azman, seorang pemuda yang berasal dari keluarga yang berada. Walaupun kehidupan baharu Sufiyah lebih senang berbanding dahulu, dia tetap merindui anak-anaknya.


Oleh kerana perkahwinan Sufiya dengan Azman tidak menerima restu oleh Puan Sri Zainah, Sufiya telah dilarang memberitahu sesiapa yang bahawa dia merupakan seorang janda anak lima. Namun, Sufiya tetap tidak berputus asa dan sentiasa mencuba untuk dapatkan maklumat mengenai anak-anaknya tanpa pengetahuan orang lain.


Sufiya telah pun kembali ke rumahnya di desa untuk mendapatkan semula anak-anaknya. Perasaan teruja Sufiya bertukar menjadi kecewa apabila dia mengetahui bahawa Ghani sudah pun membawa anak-anaknya berpindah ke tempat lain. 


Adakah Sufiya akan bertemu anak-anaknya kembali? Saksikanlah telefilem Pergilah Air Mata Ramadan pada 20 Jun 2016 (Isnin), pukul 8.30 malam hanya di Skrin di 9.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment