Sinopsis Dukun Doktor Dani

Dukun Doktor Dani

Filem ?Dukun Doktor Dani? akan berada di pawagam bermula 28 Julai 2016. Sebuah filem komedi arahan Sabri Yunus dibawah terbitan Astro Shaw Sdn Bhd. Membariskan pelakon seperti Fasha Sandha, Amerul Affendi, Khatijah Tan, Raysha Rizrose dan penyanyi terkenal dari Singapura, Taufik Batisah.

FILEM : DUKUN DOKTOR DANI
TARIKH TAYANGAN : 28 Julai 2016
GENRE : Komedi
PENGARAH : Sabri Yunus
TERBITAN : Astro Shaw Sdn Bhd /  Balang Rimbun Produksi Sdn. Bhd
PELAKON : Taufik Batisah, Fasha Sandha, Amerul Affendi, Pak Yuss (Jambu), Raysha Rizroze, Khatijah Ibrahim, Sabri Yunus, Sani Sudin

SINOPSIS DUKUN DOKTOR DANI
Mengisahkan tentang Doktor Dani (Taufik Batisah), seorang doktor muda yang baru sahaja mendapat kerja di sebuah hospital. Dia yang menjalani pembedahan pesakit pertamanya teruja dengan pengalaman tersebut. Tapi malangnya pembedahan tersebut gagal dan pesakit meninggal dunia. Dia memutuskan untuk berhenti kerja dan tidak mahu lagi menjadi seorang doktor. Tegasnya dia tak mahu jadi pembunuh dan meletakkan jawatan. Dani pulang ke kampung halamannya dan keputusan tersebut benar-benar mengecewakan ibunya, Mak Siti (Khatijah Tan) yang berhabis duit membiayai pembelajarannya dahulu. Ibunya begitu marah dan tidak setuju dengan tindakan Dani dan meminta Doktor Lily (Fasha Sandha) memujuk semula Dani untuk menjadi doktor semula.

Dani akhirnya ke rumah Dukun Sudin dan melihat sendiri kehidupan dukun yang tidak terurus. Mereka sepakat untuk bekerjasama selepas itu. Dia akhirnya berniaga di hadapan rumah Dukun Sudin menjual barang-barang yang diperlukan pesakit yang datang ke rumah tersebut. Menariknya, khidmat dukun tersebut semakin laris dan mendapat ramai pelanggan. Keadaan mula berubah apabila Dukun Sudin tiba-tiba meninggal dunia. Dani terpaksa mengambil alih tugas sebagai dukun. Masalah Dani semakin rumit apabila ibunya, Mak Siti pula jatuh sakit. Sebagai doktor, Dani tahu sakit yang dideritai ibunya. Dia tidak akan menggunakan cara dukun Dani membawa ibunya ke Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan doktor, nyatalah ibu Dani menderita sakit yang sama seperti pesakit yang meninggal dunia di tangannya dahulu. Dani berperang dengan dilema dan akhirnya dia bersetuju untuk melakukan pembedahan kepada ibunya sendiri. 

VIDEO TRAILER


LAGU TEMA / OST DUKUN DOKTOR DANI
Lagu : HarusBegitu
Penyanyi : Taufik Batisah


Previous
Next Post »
Thanks for your comment