Nazim Bella nikah 10 September


"Dialah juga wanita yang boleh bertahan lama dengan saya. Kalau wanita lain belum tentu lagi. "Bella ada bersama saya pada waktu senang dan susah. Saya tahu dia sangat ikhlas berdamping dengan saya. "Ketika saya diuji dengan sakit, dialah yang menjaga dan bertanya khabar serta membawa makanan," katanya.

Pelakon Nazim Othman dan pasangannya, Bella Daly dijadual bernikah di Kota Kinabalu, Sabah pada 10 September depan. Sumber memberitahu BH Online, majlis resepsi pihak pengantin perempuan akan diadakan pada hari sama manakala majlis bertandang menyusul pada 17 September di Johor Bahru.

Khabarnya, Nazim dan Bella yang baru-baru ini mengadakan sesi fotografi praperkahwinan di sebuah lokasi, sedang mengedarkan kad undangan perkahwinan kepada sanak-saudara dan kenalan. Nazim melamar Bella pada 26 Oktober lalu ketika mereka menjalani penggambaran drama Akulah Balqis di Langkawi.

Pada 14 November lalu, Nazim menghantar rombongan meminang Bella di Kota Kinabalu. Dalam temuramah sebelum ini, Nazim menyifatkan bakal isterinya sangat lemah lembut dan berasal daripada keluarga yang baik.

Previous
Next Post »
Thanks for your comment