Drama Amsyar (TV9)

Amsyar TV9

Nantikan drama bersiri baharu terbitan Zeel Production berjudul Amsyar. Sebuah kisah kekeluargaan yang mencengkam emosi. Membariskan pelakon seperti Ben Ladin, Redza Rosli, Elly Mazlein, Nafiz Muaz, Hairi Safwan, Faralyna Idris dan ramai lagi. Drama arahan Murali Abdullah itu akan bersiaran mulai 27 Oktober 2016, setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di slot Azalea TV9 dan akan diulang tayang di TV3.

JUDUL : AMSYAR
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 Oktober 2016
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Azalea TV9
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Ben Ladin, Redza Rosli, Elly Mazlein, Nafiz Muaz, Hairi Safwan, Syuhada, Juedian Omar,  Tatty Hassan, Sabhi Saddi, Faralyna Idris

WATAK PELAKON
Ben Ladin sebagai Amsyar 
Redza Rosli sebagai Shahrul
Elly Mazlein sebagai Waheeda
Nafiz Muaz sebagai Hisyam
Hairi Safwan sebagai Azhar

LAGU TEMA / OST AMSYAR
Lagu : Percuma
Penyanyi : Sabhi Saddi

SINOPSIS AMSYAR
Mengisahkan Amsyar yang merupakan anak tunggal kepada Farid dan Arfah. Selepas pemergian ibu bapanya, tiada siapa yang hendak menjaganya kecuali Shahrul, Pak Ngahnya. Isteri Shahrul, Lia langsung tidak menyukainya dan mengangap dia adalah satu bebanan.

Apabila hendak menumpang duduk di rumah bapa saudaranya, Azhar, ada sahaja yang tidak menyukainya. Adik beradik kepada arwah ayahnya cukup benci akan Amsyar. Mereka bukan sahaja sering memarahinya, malah menderanya dan memikulnya semahu hati. 

Tidak ingin menyusahkan bapa saudaranya, Amsyar lebih rela menetap di sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yang kurang bernasib baik sepertinya.

Waheeda, pemilik rumah anak yatim yang telah ditinggalkan suami. Dia mengharungi hidup dengan cekal dan membangunkan Teratak Kasih atas nama manusiawi. Hinggalah akhirnya dia menemui Amsyar. Segalanya berubah. 

GAMBAR PELAKON
Pelakon drama Amsyar
Pelakon utama drama Amsyar
Previous
Next Post »
Thanks for your comment