Drama Love You Mr Arang (TV3)

Love You Mr Arang

Nantikan drama terbaru yang bakal menghiasi slot Iris berjudul Love You Mr Arang. Menampilkan barisan pelakon seperti Amirul Faqeem, Hanna Aqeela, Dazrin Kamarudin, Ryzal Jaafar, Maria Farida dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod ini diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd, arahan daripada Along Kamaludin. Saksikan drama Love You, Mr Arang yang bakal menghiasi slot Iris, TV3 bermula 23 November 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang.

JUDUL : LOVE YOU MR. ARANG
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 November 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
IDEA ASAL : Seelan Paul
SKRIP : Mufid Shuhaimi
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Amirul Faqeem, Hanna Aqeela, Maria Farida, Ryzal Jaafar, Dazrin Kamaruddin, Mustapha Kamal, Zarina Zainuddin, Ieda Moin, Zalif Sidek, Ikhlas Jalil, Ani Maiyuni, Muntazar Ghufran, Alif Rusydi, Amelia, Aisyah, Nik Harraz Danish

WATAK PELAKON
Amirul Faqeem sebagai Fariz
Hanna Aqeela sebagai Irma
Maria Farida sebagai Datuk Sherry
Dazrin Kamarudin sebagai Haziq
Ryzal Jaafar sebagai Imran
Ieda Moin sebagai Nina
Zalif Sidek sebagai Fairus
Mustapha Kamal sebagai En Zainal
Zarina Zainuddin sebagai Mak Tom
Ikhlas Jalil sebagai Adam
Ani Maiyuni sebagai Sunarti
Muntazar Ghufran sebagai Afiq
Alif Rusydi sebagai Nazmi
Amelia sebagai Aisyah
Aisyah sebagai Nisya
Al Rusydi sebagai Nazmi
Fendi Amat sebagai Pak Prik
Siti sebagai Kengsom

LAGU TEMA / OST LOVE YOU MR.ARANG
Tajuk Lagu : Wanita Setia
Penyanyi : Qanda

SINOPSIS LOVE YOU MR ARANG
Mengisahkan Irma (Hanna Aqeela) yang didesak oleh ibunya untuk kahwin secepat mungkin. Irma sangat tertekan kerana perlu mencari pasangan hidup dalam masa yang singkat untuk mengelakkan berkahwin dengan pilihan ibunya. Hanna berkata bahawa dia sudah ada pilihan hatinya sendiri. Selepas berjumpa, pilihan hatinya langsung tidak menepati ciri-ciri ibunya.

Ibu Irma, Datuk Sherry (Maria Farida) yang berangan untuk mempunyai menantu yang kulitnya cerah dan putih melepak itu terus hanyut apabila Irma memperkenalkan bakal suaminya, Fariz (Amirul Faqeem). Tidak puas hati dengan pilihan Irma, Datuk Sherry terus menggelar Fariz yang berkulit gelap sebagai Mr. Arang.

Fariz pula berasal dari kampung dan merupakan sumber pendapatan bagi keluarganya. Satu hari, Fariz terlanggar kereta Irma. Irma terus mengamuk dan meminta ganti rugi sebanyak RM 5 ribu. Fariz terkejut dimarahi oleh Irma walaupun dia yang bersalah. Bagi Fariz, maruahnya seperti tercalar dan egonya tercabar.

Selepas insiden kemalangan itu, Irma tidak menerima apa-apa berita daripada Fariz. Irma didesak oleh ibunya lagi dan mahu dikahwinkan dengan sepupunya, Imran. Mengetahui niat Imran sebenarnya mempunyai agenda untuk mengambil alih syarikat ibunya, Irma tolak serta-merta.

Tidak mempunyai pilihan lain, Irma hanya boleh memikirkan Fariz seorang sahaja lagi yang boleh menyelamatkannya daripada paksaan Datuk Sherry. Fariz dijadikan mangsa buat Irma dengan perjanjian hutang Fariz dapat dilangsaikan jika Fariz bersetuju untuk menjadi teman lelakinya. Irma juga berjanji dia tidak akan mengganggu Fariz lagi selepas itu. Fariz terpaksa bersetuju.

Datuk Sherry yang langsung tidak menyukai Fariz mengesyaki hubungan sebenar anaknya dengan Fariz lalu mendesak Irma untuk berkahwin kerana dia ingin menguji. Namun, Encik Azman, ayah Irma sangat sukakan cara Fariz kerana Fariz menyerupai hidupnya masa muda dulu.

Akhirnya Irma mahu mengupah Fariz sebagai suami kontrak untuk tiga bulan. Manakala, Fariz pula mendapat idea untuk mengenakan Irma. Fariz meletakkan syarat bahawa Irma perlu ikut dia balik ke kampung. Fariz membuat beberapa permintaan yang melampau dengan harapan Irma akan insaf dan membatalkan niatnya. Irma hanya menuruti semua permintaan Fariz. Di kampung, Irma terharu dengan layanan baik oleh Mak Tom, ibu Fariz.

Bagaimanakah hidup rumah tangga mereka? Adakah cinta bakal hadir di antara Fariz dan Irma? 

GAMBAR PELAKON
Love You Mr Arang
Pelakon Love You Mr Arang
barisan pelakon
Love You Mr Arang TV3
pelakon dram Love You Mr. Arang
Previous
Next Post »
Thanks for your comment