Sinopsis Filem Interchange (2016)

Filem Interchange

Filem Interchange arahan pengarah terbaik FFM25 (Festival Filem Malaysia) iaitu Dain Iskandar Said bakal menemui peminat di pawagam mulai 1 Disember 2016. Filem ini menggandingkan pelakon-pelakon ternama dari Malaysia dan Indonesia seperti Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution dan Nadiya Nisaa. Filem terbitkan Apparat Sdn Bhd ini dikatakan menelan perbelanjaan RM3.5 juta dan telah menyertai beberapa sirkit festival filem di serata dunia antaranya Locarno International Film Festival, Toronto International Film Festival, �trange Paris Film Festival, Vladivostok International Film Festival, BFI London International Film Festival, Sitges International Fantastic Film Festival dan Singapore International Film Festival.

TAJUK : INTERCHANGE
Tarikh Tayangan : 1 Disember 2016
Genre : Seram, Mistik, Fiksyen,  Fantasi, Ngeri, 
Pengarah : Dain Iskandar Said
Terbitan : Apparat Sdn Bhd
Pelakon : Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution, Nadiya NisSa, Alvin Wong, Chew Kin Wah, 

SINOPSIS INTERCHANGE
Mengisahkan tentang Adam (Iedil Putra) seorang jurufoto forensik yang telah dibawa oleh rakan baiknya, Detektif Man (Shaheizy Sam) untuk menyiasat satu siri kes pembunuhan ngeri di sebuah bandar yang penuh dengan rahsia.

Kes itu menjadi igauan dan memberi kesan mendalam kepada Adam. Sejak peristiwa itu, Adam mula menyendiri dan menghindari dunia nyata serta sering meluangkan masa mengambil foto dari balkoni apartmennya.

Satu lagi kes pembunuhan berlaku di mana terdapat banyak persamaan dengan kes yang berlaku sebelum ini menjadikan Adam terdesak untuk menyelesaikan misteri tersebut yang dipenuhi dengan darah dan mayat, bulu-bulu yang tidak pernah wujud dan fotograf antik yang berpunca daripada rakaman-rakaman Iva (Prisia Nasution), seorang wanita menawan berasal dari Borneo yang baru sahaja berpindah ke apartmen berhadapan dengan Adam. Iva dalam misi untuk membebaskan jiwa suku kaumnya yang terperangkap dalam plat kaca negatif masa lampau.

Adam mula mendekati Iva, lalu membawanya lebih mendalam mengenai kes yang disiasat hingga akhirnya menemukan seorang lelaki dengan kuasa luar biasa iaitu Belian (Nicholas Saputra) yang muncul dari tahyul kuno.

Tatkala Adam dibawa masuk ke dalam dunia puak asli Iva, Man berjaya mengorek kes pembunuhan yang berlaku dan akhirnya berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik, ngeri dan dipenuhi dengan kepercayaan-kepercayaan dahulukala yang kembali hidup.  

VIDEO TRAILER

Previous
Next Post »
Thanks for your comment