Namaku Bedah Episod 13

Download

Bedah seorang gadis yang lincah, gedik dan suka bergaya. Bedah sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM yang bakal diumumkan tidak lama lagi Sementara menunggu, Bedah menghabiskan masa dengan melaram dan menjaga kecantikannya. Dalam masa sama, Bedah sebenarnya sedang mencari peluang dan ruang untuk menukar namanya. Semuanya sebab dia malu dengan nama yang diberikan oleh arwah ayah dan emaknya iaitu Bedah binti Bedul. Nama Bedah itu terhasil daripada gabungan nama arwah ayahnya iaitu Bedul dan emaknya iaitu Hamidah. Bedah semakin tension apabila menjadi bahan ejekan di kampung, di bandar dan di mana saja setiap orang sekeliling tahu namanya Bedah. Hari ke hari Bedah makin tertekan sampaikan dia pendam perasaan setiap kali menjadi bahan ejekan. Disebabkan tidak sabar, Bedah bagi tau kepada emaknya iaitu Puan Hamidah, untuk memberikan kebenarannya menukar nama. Puan Hamidah membantah sekeras-kerasnya, dan sebarang surat menyurat langsung tidak mahu dilayaninya. Bedah kecewa.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment