Program Maharaja Lawak Mega 2017 Setiap Jumaat


Program yang dinantikan ramai Maharaja Lawak Mega 2017 akan membuka tirainya pada 17 Feb ini. Tengok iklan bertemakan kehidupan lanun memang sangat menarik. Masih dihoskan lagi oleh Dato' AC Mizal, kali ini sebanyak 15 kumpulan dan solo masuk bertanding dan seperti biasa MLM2017 disertai dari beberapa negara jiran Singapura dan Indonesia.

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2017

  1. BOCEY - Abam, Fad dan Achey
  2. JORAS - Syuk, Joey dan Rahim
  3. XOXO - Wan, Wan Gegau dan Chot
  4. NICE - Ropie, Acong dan Tauke
  5. ZERO - Atu, Shariff dan Syaiful
  6. MAMU - Ajo dan Abu
  7. SHIRO - Sharol dan Ajak
  8. PISTOL - AG Hafiz dan Raja Azri
  9. PUTEH - Mamak dan Ali
  10. ABIOSO - Amin, Sarip dan Mamad (Indonesia)
  11. HOBIT - Amir, Bocil dan Dinn
  12. MASIN - Mamat, Vicha dan Jiggy
  13. DANIEL - Solo Malaysia
  14. DZAWIN - Solo Indonesia
  15. MAD SABAH - Solo Malaysia

Hadiah Pemenang

  1. Juara - wang tunai RM500,000 berserta trofi 
  2. Naib juara menerima RM250,000 berserta trofi
  3. Tempat ketiga - wang tunai RM150,000 
  4. Tempat keempat - wang tunai RM50,000 
  5. Tempat kelima - wang tunai RM25,000









Ketua Saluran Melayu Astro, Rakim Ahmad berkata, ramai pelawak baru yang menyertai program ini dan lapan daripada mereka adalah peserta program Lawak Solo musim pertama.

�Ini adalah penyertaan pertama kali lapan peserta program Lawak Solo. Ada antara mereka yang beraksi secara solo dan ada juga yang digabungkan dalam kumpulan.

�Bukan itu saja, penonton boleh menyaksikan juara MLM2014 iaitu Zero dan juara MLM2016, Bocey berentap di pentas yang sama,� katanya.

Antara peserta Lawak Solo ialah juaranya, Danial dan finalisnya, Mat Sabah. Seorang lagi peserta solo dari Indonesia ialah Dzawin.

Selain itu, MLM2017 turut menampilkan peserta dari Singapura iaitu kumpulan Masin yang dianggotai Vicha, Mamat dan Jiggy serta Indonesia iaitu Abioso yang dianggotai Amin, Sarip dan Mamat.

Raqim berkata, MLM2017 masih mengekalkan format yang sama seperti musim sebelum ini iaitu 70 peratus dihakimi juri tetap dan 30 peratus oleh penonton.

Nantikan Maharaja Lawak Mega 2017 disiarkan secara langsung dari Royal Teater Shah Alam bermula 17 Feb setiap Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Warna dan Mustika HD.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment